Tealive memperkenalkan satu lagi siri minuman baru iaitu Mangold Series bersama Jelly dan Sago. Minuman berasaskan mangga yang menjadi kegemaran ramai!
Nama ‘Mangold’ terhasil daripada gabungan mangga dan emas (gold), merujuk kepada Tahun Baru Cina yang sinonim dengan emas.
Ianya adalah menu baru untuk waktu yang terhad sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk cuba menu ini sebelum terlambat!
Mangold Series bersama Jelly dan Sago
Tealive melancarkan 4 jenis minuman berasaskan mangga yang terdiri daripada:
- Mangold Milkshake
- Mangold Collagen Milkshake
- Mangold Organic Oat Milk
- Mangold Tea
Setiap minuman didatangkan dengan jelly teh hijau dan sago!