harga

Kenaikan harga barangan pada masa kini sememang kian terasa apatah lagi buat peniaga sehinggakan perlu menaikkan harga jualan demi meraih keuntungan.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga perlu mengambil kira kos-kos lain seperti gaji pekerja, bil elektrik, bil air dan banyak lagi.

Artikel berkaitan: Pembeli Bengang Beli Ayam Geprek Tapi Dapat Ayam Hitam, Kena Tambah Duit Untuk Tukar

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga nasi campur masih mengekalkan harga makanan dengan harga yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @muhammadabdulsal16 di TikTok, ramai yang mendakwa harga yang diletakkan adalah murah ibarat harga makanan seperti zaman 90-an.

Difahamkan, kedai makan tersebut berlokasi di Medan Selera Puchong Perdana, Puchong, Petaling Jaya.

Menurutnya, harga makanan untuk tiga orang makan hanyalah RM13 dan harga tersebut tidak pernah berubah walaupun sudah setahun dia makan di kedai berkenaan.

Video Penuh:


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terkejut melihat jumlah harga tersebut yang hanya RM13 sedangkan tiga pelanggan yang memakan nasi campur itu masing-masing mempunyai lauk ayam dan ikan yang bersaiz besar.

Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan sikap tuan kedai dan mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Antara komen netizen:


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN