kurus

Individu berbadan besar sudah tentu mempunyai impian untuk kurus, berat yang ideal dan langsing.

Menguruskan badan ini bukanlah hanya tujuan untuk kecantikan semata-mata, tetapi ia juga perlu demi kesihatan yang lebih baik di masa akan datang.

Oleh itu, bermacam-macam perkara akan dilakukan dalam usaha mereka untuk mengurangkan berat badan seperti bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang.

Artikel berkaitan: Wanita Ini Kongsi Resipi Sarapan Rendah Kalori ‘Confirm’ Kurus

Baru-baru ini, seorang pengamal gaya hidup sihat, Hanif Loid telah berkongsi di TikTok tentang lima jenis makanan yang sering dihindari oleh seseorang dalam menurunkan berat badan seperti:

  • Makanan mengandungi gula
  • Makanan berminyak
  • Makanan mengandungi garam dan tepung
  • Makanan segera atau yang diproses
  • Hanya makan sayur dan buah-buahan sahaja

Betul ke tak boleh makan semua tu untuk kurus?

Jelas Hanif, dahulu dia juga berfikir jika mahu menurunkan berat badan kita tidak boleh mengambil semua jenis makanan tersebut.

Katanya, bagi seorang manusia biasa perkara itu boleh dilakukan tetapi tidak disarankan kerana dengan mengurangkan pengambilan makanan tersebut sebenarnya sudah cukup untuk membantu anda mengurangkan berat badan.

Boleh buat jika ada tujuan lain seperti pertandingan

Namun sekiranya anda mempunyai tujuan lain untuk menurunkan berat badan seperti pertandingan bina badan yang memerlukan masa yang pendek maka diet itu boleh dilakukan.

Menurutnya, adakalanya mereka yang mengamalkan diet dengan menghindari gula dan makanan ini akan menjadi gemuk semula kerana mengalami situasi di mana ia sukar untuk dikawal dalam jangka masa yang lama.

Ini kerana ada masanya seseorang itu pasti akan mempunyai keinginan untuk memakan beberapa makanan seperti ais krim, makanan berminyak dan bergoreng.

Tak perlu hindari hanya kawal

Oleh itu, untuk memudahkan proses diet, anda tidak perlu hindari tetapi hanya jaga pengambilan kalori dan kualiti pengambilan makanan sahaja.

Melihat di ruangan komen rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Hanif malah ada juga yang mengatakan tips untuk menurukan berat badan yang diberi olehnya mudah dan tidak membuatkan seseorang stress.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN