talam tokyo

Nama kuih Talam Tokyo kedengaran seperti kuih Jepun tapi sebenarnya bukan, ia merupakan kuih tradisional yang popular di Johor.

Berbeza daripada segi lapisan bawah, kuih Talam biasanya menggunakan pulut sepenuhnya, namun kuih Talam Tokyo menggabungkan sagu, suun dan kelapa parut.

Resipi kuih Talam Tokyo yang dikongsikan oleh Kak Sue SarangHae II di Facebook ini cukup menarik. Jom cuba!

Baca juga: Talam Cendol Lemak Cukup Rasa, Hasil Terbentuk Cantik Selepas Kukus

RESIPI TALAM TOKYO

talam tokyo

Bahan-bahan bahagian bawah:

  • 300 gram biji sagu (rendam dengan pewarna merah atau sirap ros dalam 15 minit dan toskan)
  • 100 gram suun (rendam dgn air suam)
  • 120 gram kelapa putih
  • 300ml santan cair
  • 2 sk garam
  • 2 sudu makan gula

Bahan-bahan bahagian atas:

  • 160gram tepung gandum
  • 250 gram gula
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 350ml santan pekat
  • 300ml air pati pandan (kisar 5 hingga 7 helai daun pandan)
  • 2 biji telur gred A
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau

Cara-cara:

1. Mula-mula, alaskan loyang saiz 10×10 dengan plastik.

2. Satukan semua bahan bahagian bawah terlebih dahulu dan sebatikan, kemudian terus curah dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit.

3. Sementara itu, kisar semua bahan bahagian atas pula sehingga sebati dan halus (saya tak masak untuk naik wap pun).

4. Selepas itu, terus curah dalam loyang dan kukus dalam 25 hingga 30 minit. Kemudian pada 5 minit terakhir, kukus dengan penutup periuk yang dibuka untuk keringkan air di permukaan.

5. Akhir sekali, tunggu sehingga betul-betul sejuk, barulah boleh potong. Siap untuk dinikmati!

talam tokyo

Kuih Talam Tokyo ini mempunyai padanan serasi sagu dan suhun yang ringan serta manis, memang tak cukup kalau makan sepotong.

Jika anda mempunyai kenalan yang alah atau tak suka makan pulut, boleh cadangkan kuih Talam Tokyo ini untuk mereka.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Sue SarangHae II

Baca juga: Resepi Kuih Limas, Macam Tepung Pelita Tapi Beza Satu Bahan Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN