PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-25 03:10:01

Memandangkan para penuntut universiti masih belum boleh pulang ke kampus, pasti bermacam-macam aktiviti mereka lakukan di rumah bagi menghilangkan kebosanan. Untuk resipi kali ini, para pelajar boleh lah cuba membuat Puding Labu sebagai pencuci mulut. Menariknya, Puding Labu ini berbentuk seperti telur mata! Unik kan? Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Norfadilah Ibrahim menerusi laman Facebook.

Kredit: Moms Chiara Best Resepi

Bahan-bahan:

  • Agar-agar tali
  • Sedikit labu
  • Gula
  • Susu
  • Air

Cara-cara:

  1. Masukkan agar-agar tali dengan air dan gula ke dalam bekas. Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian.


    Kredit: hsa*ba 
     

  2. Untuk satu bekas, campurkan dengan susu. Manakala satu lagi bahagian campur dengan labu yang telah dikisar.
  3. Bagi penyedian kuning telur, rebus labu dan kemudian tapiskan airnya.


    Kredit: eyzamiel
     

  4. Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dan campurkan dengan agar-agar
  5. Selepas itu, terus masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam acuan lompang. Isikan hingga paras suku sahaja, tidak perlu diisi penuh.
  6. Biarkan acuan puding labu sehingga sejuk.

 

Siap! Mudah saja kan cara membuat puding labu ini? Ibu-ibu juga boleh membuat resipi ini untuk si kecil. Pasti mereka akan sukakan hidangan pencuci mulut ini.Selamat mencuba!


Kredit: eryalhumaira

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending