resepi agar-agar kering

Siapa di sini pernah makan Agar-Agar Kering pasti tahu rasanya yang cukup manis dan lazat. Oleh kerana ia merupakan kuih lama, jadi tak ramai tahu resepi Agar-Agar Kering ini.

Agar-Agar Kering juga dikenali sebagai beleda kering di Kelantan dan Terengganu yang merupakan sejenis kuih yang manis dan tahan lama.

Pada asasnya, Agar-Agar Kering dibuat daripada agar-agar manis yang telah dikeringkan dengan pelbagai warna menarik.

Baca juga: Resepi Agar-Agar Mozaik Simple Tapi Lagi Sedap Kalau Dimakan Ketika Sejuk

Biasanya Agar-Agar Kering akan dijemur separa kering supaya tak mudah rosak dan tahan lama.

Sewaktu kecil dulu, kita sering lihat nenek atau ibu di kampung membuat Agar-Agar Kering ini. Jika disusun dalam balang, memang nampak cantik dan menarik!

Jika masih rindu untuk memakannya, anda boleh cuba resepi Agar-Agar Kering yang dikongsikan oleh Hamizan Sulaiman di Facebook ini.

RESEPI AGAR-AGAR KERING

resepi agar-agar kering

Bahan-bahan:

  • 60g agar-agar tali
  • 1500ml air
  • 1½kg gula pasir
  • 250g gula batu
  • Pewarna dan perasa

Cara-cara:

1. Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk, kemudian masak bersama air sehingga agar-agar cair.

2. Masukkan gula batu dan gula pasir, kemudian tunggu sehingga mendidih dan gula cair.

3. Masukkan agar-agar tadi ke dalam loyang dan tambah pewarna, kemudian kacau sehingga sebati.

4. Biarkan agar-agar tadi keras dahulu, kemudian setelah keras, potong kecil dan jemur sehingga kering. Siap!

resepi agar-agar kering

Anda boleh mengolah resepi Agar-Agar Kering ini mengikut kreativiti anda dengan menuangkan adunan ke dalam acuan.

Dengan cara begitu, anda akan dapat hasil Agar-Agar Kering dengan bentuk yang lebih cantik. Anak-anak pasti tertarik untuk memakannya.

Selepas memakannya, kami yakin anda pasti teringat nostalgia sewaktu berada di kampung semasa kecil. Sekali-sekala teringat kenangan lama, apa salahnya bukan?

Jangan lupa untuk kongsikan juga resepi Agar-Agar Kering ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang lain ya.

Selamat mencuba!

Sumber: Hamizan Sulaiman

Baca juga: Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, Jarang Dibuat Orang Tapi Sangat Sedap & Menyegarkan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending