talam pisang

Masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak di kampung, kita selalu makan kuih tradisional yang dibuat oleh nenek seperti Talam Pisang kukus.

Jarang kita dengar orang buat Talam Pisang kerana biasanya ramai yang suka buat talam pandan, talam ubi dan talam gula merah di rumah.

Tapi hasil daripada resipi Talam Pisang secara kukus yang dikongsikan oleh Iedaa Jahaya di Facebook telah membuat orang ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Pisang Kukus, Nak Berurat Cantik Guna Pisang Jenis ‘Ini’!

RESIPI TALAM PISANG KUKUS

talam pisang

Bahan untuk adunan pisang:

  • 4 biji pisang berangan atau emas
  • ½ cawan gula
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit garam

Bahan untuk lapisan atas:

  • 1½ cawan tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, sapukan minyak pada loyang 8 inci, lapikkan dengan daun pisang atau plastik, kemudian ketepikan dahulu.

2. Sementara tunggu air kukusan panas, boleh buat lapisan bawah dahulu. Masukkan pisang ke dalam mangkuk dan lenyek halus.

3. Selepas itu, masukkan gula. Jika nak manis sedikit, tambah lagi gula. Sebatikan dahulu.

4. Masukkan santan cair, tepung beras, tepung kastard dan garam, kemudian sebatikan semuanya.

5. Seterusnya, tuang ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

6. Sementara tunggu lapisan bawah selesai kukus, boleh buat lapisan atas dahulu. Sebatikan tepung beras, santan pekat, air dan garam, kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk.

7. Masak sampai buih-buih kecil hilang dan pekat. Setelah lapisan bawah sudah masak, cakar-cakar dahulu.

8. Tuang atas lapisan pisang dan kukus selama 15 minit. Setelah selesai, sejukkan dahulu barulah boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

talam pisang

Hasil Talam Pisang yang lembut bergedik dan manisnya yang kena dengan citarasa klasik bakal membuat anda puas menikmatinya bersama orang tersayang di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Baca juga: Talam Cendol Lemak Cukup Rasa, Hasil Terbentuk Cantik Selepas Kukus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN