dim sum ketam

Ada tak kat sini penggemar dim sum? Apa kata korang ikuti resipinya di sini.

Boleh lah cuba kat rumah bila ada kelapangan nanti. Buat dim sum homemade gitu! Kat sini ada cara mudah buat dim sum filet ketam yang paling sedap.

Ikut je step by step cara penyediaannya confirm menjadi!

Actually nak buat homemade dim sum ni mudah je. Kena buat inti dulu barulah buat kulitnya. Untuk intinya, korang boleh pilih apa saja jenis inti yang korang suka.

Baca juga: Resipi Dumpling Ayam Homemade, Berbaloi Buat Sendiri Sebab Boleh Dapat Banyak!

Terpulang pada citarasa masing-masing. Boleh guna ayam, udang, ketam dan lain-lain lagi.

Dim sum ni tak susah pun nak cari. Bersepah orang jual dim sum sekarang ni. Kat pasar malam pun ada yang jual dim sum ni. Tapi agak mahal juga lah.

Rasanya kalau nak makan banyak dengan keluarga, elok korang buat sendiri kat rumah. Boleh makan puas-puas nanti.

Resipi Dim Sum Ketam

Bahan untuk inti:

  • 1 bungkus filet ketam, cincang
  • 1 biji telur ayam
  • 1 biji bawang merah/holland
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Tambahan, nak sedap boleh campur cendawan shitake.

Bahan untuk kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit sebagai perwarna kuning
  • Secubit garam
  • Kuantiti air agak-agak

Cara-cara penyediaannya:

1. Kisarkan semua bahan untuk inti dan ketepikan.

2. Adunkan pula semua bahan kulit hingga menjadi doh. Leperkan doh senipisnya dan tekap menggunakan cawan untuk mendapat bentuk bulat.

3. Letakkan kulit ke atas bulatan jari, lekukkan sedikit kulit di bahagian dalam. Kemudian, masukkan inti filet ketam.

4. Lipat tepi kulit mengikut arah jam, hasilnya akan menjadi bentuk bunga.

5. Letakkan daun bawang di atas dim sum.

6. Sedia dikukus. Siap!

Sedap di makan panas-panas bersama sos cili Thai. Kalau kat luar, korang akan jumpa sos warna hitam tu. Tapi kat rumah ni makan dengan sos cili Thai pun dah sedap sangat rasanya. Cantik je kejadian dim sum ni kan.

Korang tak pandai masak pun boleh pakai resepi ni. Jangan derhaka, confirm jadi!


Sumber: CikPuan Zurina Zulkefli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN