MyResipi
Artikel
2020-11-25
Ikan keli merupakan salah satu hidangan kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Tetapi tak dapat dinafikan, ramai dalam kalangan ibu-ibu yang masih terkial-kial sewaktu menyiang ikan keli. Nampak macam mudah, tapi bagi mereka yang baru belajar menyiang ikan keli, perkara ini agak susah ye. Biasalah sang keli melompat-lompat tak keruan. Ada juga yang sampai luka sebab disengat. Jadi apa kata kita cuba tips mudah untuk siang ikan hanya menggunakan garam kasar yang dikongsikan oleh Ahmad Farm di Facebook.
CARA-CARA
Masukkan ikan dalam baldi, kemudian campak 1 cawan garam kasar. Tak perlu campur air dalam baldi tu.
Kalau banyak ikan tu, lebihkan garam.
Tutup rapat baldi. Tunggu ikan dah separa mati atau nyawa-nyawa ikan. Baru la siang.
Lendir pada badan ikan hilang. Senang nak siang dan pegang.
Bila basuh, kalau tiada limau atau asam jawa untuk bersihkan lendir pun tidak mengapa. Bau hanyir dan lendir garam tu dah hilang disebabkan garam tersebut.
Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…
Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…