Categories: Resipi

Resipi Kek Batik Mudah, Penuh Rasa Coklat & Rangup Memang Tak Cukup Satu!

Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek batik mudah ini sesuai untuk dijadikan kudapan keluarga atau untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Pasti puas hati dengan rasanya yang kaya coklat, rangup namun lembut ketika digigit. Resipi ini juga anda wajib menggunakan biskut Marie kerana inilah rahsia kerangupan kek batik

Jom cuba!

Baca lagi: 5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

RESIPI KEK BATIK MUDAH

Bahan-Bahan:

  • 1/2 pek biskut Marie original
  • 1 pek biskut Marie coffee (penting untuk rasa khas!)
  • 250g mentega/butter (Buttercup pun boleh)
  • 200g serbuk Milo/Vico
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 3/4 tin susu pekat
  • 1 sudu kecil emulco coklat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil serbuk Nescafe 3-in-1 atau serbuk kopi
  • 1/2 cawan air masak

Cara-Cara:

1. Panaskan kuali atas api sederhana. Cairkan mentega/butter sehingga betul-betul mencair.

2. Masukkan susu pekat ke dalam mentega cair dan kacau sehingga sebati.

3. Tambahkan Milo, serbuk koko, air masak, emulco coklat, serbuk Nescafe, dan garam. Kacau perlahan sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.

4. Pecahkan kasar biskut Marie original dan biskut Marie coffee. Masukkan ke dalam campuran coklat, kacau rata selama lebih kurang 5 minit sehingga semua biskut diliputi coklat dengan sempurna.

5. Lapik loyang bersaiz 7-8 inci dengan plastik supaya mudah dikeluarkan nanti.

6. Masukkan adunan kek batik ke dalam loyang, gunakan plastik untuk menekan adunan supaya padat dan kemas. Tekan sekuat hati agar tekstur lebih cantik dan berlapis.

7. Letakkan loyang ke dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman sehingga kek menjadi padat sepenuhnya.

8. Keluarkan kek dari loyang dengan menarik plastik, kemudian potong mengikut saiz yang diingini.

Tip Penting:

  • Biskut Marie coffee memberikan rasa istimewa.
  • Gunakan pisau tajam dan panaskan sedikit sebelum memotong untuk hasil potongan yang kemas.
  • Kek ini sesuai disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Sumber: Almie Amira

Baca lagi: Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Aisha Qistina

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

5 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

5 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

5 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

6 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

7 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

7 hours ago