PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25

Ikan keli merupakan salah satu hidangan kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Tetapi tak dapat dinafikan, ramai dalam kalangan ibu-ibu yang masih terkial-kial sewaktu menyiang ikan keli. Nampak macam mudah, tapi bagi mereka yang baru belajar menyiang ikan keli, perkara ini agak susah ye. Biasalah sang keli melompat-lompat tak keruan. Ada juga yang sampai luka sebab disengat. Jadi apa kata kita cuba tips mudah untuk siang ikan hanya menggunakan garam kasar yang dikongsikan oleh Ahmad Farm di Facebook.

Kredit: Ahmad Farm

CARA-CARA

  • Masukkan ikan dalam baldi, kemudian campak 1 cawan garam kasar.  Tak perlu campur air dalam baldi tu.

  • Kalau banyak ikan tu, lebihkan garam.

  • Tutup rapat baldi. Tunggu ikan dah separa mati atau nyawa-nyawa ikan. Baru la siang.

APA KELEBIHAN GUNA GARAM ?
  • Lendir pada badan ikan hilang. Senang nak siang dan pegang.

  • Bila basuh, kalau tiada limau atau asam jawa untuk bersihkan lendir pun tidak mengapa. Bau hanyir dan lendir garam tu dah hilang disebabkan garam tersebut.