Categories: Tips & Petua

Rahsia Pulut Berkilat, Cantik & Tak Lembik, Kena Guna Beras Pulut ‘Jenis Ini’

Pernah tak anda masak pulut, tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan? Pulut jadi lembik, tak berkilat dan tak cantik kejadiannya? Mungkin anda telah tersalah pilih jenis beras pulut!

Rahsia untuk mendapatkan pulut yang berkilat, cantik dan sempurna terletak pada pemilihan jenis beras pulut yang betul.

Dalam artikel ini, kami akan bongkarkan rahsia untuk mendapatkan pulut yang berkilat dan cantik kejadiannya.

Petua ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Masmira Idris di bawah. Jom baca dengan lebih lanjut!

Baca juga: 13 Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan, Rupanya Banyak Yang Kita Jarang Jumpa!

JENIS BERAS PULUT UNTUK HASILKAN PULUT YANG BERKILAT & CANTIK

Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Masmira Idris:

“Assalamualaikum. Saya nak kongsi tentang beras pulut pagi ini. Memandangkan saya buat jual pulut kuning sudah 7-8 tahun dah, jadi dah kenal macam-macam jenis beras pulut di pasaran.

Selalu orang kongsi tentang butter kan, yang ini saya kongsi tentang beras pulut. Untuk dapatkan hasil pulut yang cantik, pulut lemak, pulut kuning, pulut tanak, ketupat, kuih lopes dan kuih seri muka, kalian perlu guna beras pulut siam yang biasa bukan beras pulut siam yang susu.

Cara nak kenal, biji beras pulut siam biasa kurus dan panjang sikit. Kalau jenis beras pulut gemok montok pendek itu beras pulut susu.

Beras pulut susu ini tekstur pulut dia selepas masak tak jadi cantik dan tak jadi sebiji-sebiji yangg lembut, dia jadi mcm kembang dan lembik sikit.

Kalau kalian selalu buat pulut akan rasa perbezaan yang ketara, bila kita nak tekan dan nak bentukkan pulut kuning atau pulut lemak dia jadi melekat macam tak cukup santan. Dia punya biji pulut kembang pecah yang tak cantik.

Beras pulut siam yang biasa bukan pulut susu ini kalau masak, dia jadi lebih cantik. Nampak tekstur sebiji-sebiji pulut. Dia tak lembik benyai tau.

Walaupun kita buat ketupat, ketupat jadi lebih sedap tak lembik, dia jadi lembut-lembut liat. Arwah nenek memang tak mahu guna beras pulut susu kalau buat ketupat, dia akan pesan pada anak menantu dia, jangan  beli pulut susu.

Disebabkan sekarang susah nak dapat beras pulut siam yang biasa, saya dah jumpa jenama yang jual jenis ini.

Beras pulut Floral ini jenis beras pulut siam biasa, bila masak elok kejadiannya. Bersih, wangi elok, kurang atau tiada bendasing dalam berasnya.

Kalian kena cari dekat pasar raya sepert Lotus, Mydin dan Econsave ada jual. Satu kilogram berharga dalam RM7.80, mahal tapi beras pulut dia terbaik!”

Sumber: Masmira Idris

Baca juga: 21 Kegunaan Cuka Yang Ramai Tak Tahu, Bukan Hanya Guna Dalam Masakan

Wan N

Recent Posts

Rebus Tulang Cepat Empuk, Lelaki Ini Kongsi Teknik Mudah Guna Periuk Biasa Je Di Rumah!

Nak masak sup yang sedap tetapi daging pada tulang masih liat? Ada cara rebus tulang…

5 mins ago

Ramai Tak Tahu Petua Sayur Masak Lemak Jadi Lagi Sedap, Bahan INI Kena Tumbuk Dulu!

Resepi sayur masak lemak antara hidangan kampung yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama…

12 mins ago

Rahsia Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Melikat, Gaul Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Resipi ayam kicap sedap ini sesuai untuk sesiapa yang suka lauk ayam dengan kuah pekat…

1 hour ago

Sayur Pak Choy Sos Tiram, Resipi Mudah Dengan Kuah Pekat Bawang Putih Macam Di Restoran!

Sayur pak choy sos tiram antara hidangan ringkas yang boleh menaikkan selera, lebih-lebih lagi apabila…

2 hours ago

Resepi Sup Telur Kentang Simple, Tumis & Hirup Panas-Panas Memang Nikmat!

Bila hujan dan cuaca sejuk, memang sedap hirup sup panas bersama nasi putih. Resepi sup…

2 hours ago

Resipi Air Longan Kurma Merah Dengan Snow Nest, Memang Sedap Diminum Panas Atau Sejuk!

Resipi air longan kurma ini sesuai untuk anda yang mencari minuman menyegarkan dengan gabungan bahan-bahan…

3 hours ago