Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram yang mudah dan cepat disediakan. Hanya perlu celur sayur, tuang kuah dan siap untuk dihidangkan. Tips untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itulah ‘rahsia’ yang membuatkan masakan sayur ini sedap dan unik. Jadi apa kata kita cuba resepi Pak Choy Pedas Tumis Sos Tiram yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.
MyResipi
Nusantara
Mudah

20 pokok pak choy – dibelah dua
4 ulas bawang putih – diracik halus
5 biji cili api – dipotong kecil
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil cukup rasa maggi
1/2 cawan air panas
2 sudu makan bancuhan tepung jagung
Bersihkan sayur pak choy, didihkan air kemudian rebus sekejap sahaja.
Angkat dan terus masukkan ke dalam ais untuk kekalkan kesegaran dan warna sayur.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili api hingga kekuningan dan angkat. Tinggalkan sedikit di dalam kuali untuk masak kuahnya.
Masukkan air panas, kemudian letak sos tiram diikuti dengan secukup rasa maggi, masak sekejap dan akhir sekali letak bancuhan tepung jagung. Kacau-kacau siap.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…