stir fry beef

Bagi penggemar masakan Cina, mari cuba buat Stir Fry Beef ini. Cara memasaknya juga mudah dan ringkas. Tinggal perap kemudian terus tumis dalam kuali.

Hidangan berdaging ini sedap jika anda gunakan bahagian daging yang tidak berurat. Baru dapat hasil daging yang lembut, juicy, dan kenyal selepas memasak.

Baca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup

Antara bahagian daging yang sedap dibuat tumis adalah daging batang pinang dan daging lembu di bahagian atas (topside)

Tanpa membuang masa, mari ikuti resipi dari perkongsian Encik Wan LuQman dari laman Facebook ini. 


RESIPI STIR FRY BEEF ALA MASAKAN CINA

Menu ini biasanya kita akan jumpa di restoran-restoran chinese muslim. Sebenarnya sedap tau makan simple macam ni, I mean just one dish in one plate.

stir fry beef

Bahan-bahan utama:

Bahan-bahan perapan:

  • Lada hitam ditumbuk kasar serbuk
  • Serbuk bawang putih/tumbuk lumat bawang putih 
  • Sos tiram
  • Gula
  • ⅔ sudu teh Baking soda 

Bahan sayuran:

  • Lobak merah
  • Bawang Holland
  • Cili Benggala
  • Daun Bawang

Cara-cara penyediaan: 

1. Mula-mula, perapkan daging dengan bahan-bahan perapan di atas. Bila diletakkan baking soda, daging akan menjadi lembut, kenyal dan gempal. Pastikan guna daging yang tak berurat.

stir fry beef

2. Selepas gaul, perap dahulu daging minimun 1 jam sebelum waktu memasak.

3. Tumis bawang putih. Tumis sehingga sedikit garing sahaja. Bawang putih ni kalau dia masih pucat, rasa dia lebih sharp, earthy dan herbalic sikit. Kalau untuk stir fry, separa garing.

4. Masukkan daging perapan tadi dan tumis dalam 3 hingga 5minit. Jangan risau liat atau tidak.

5. Masukkan lobak merah. Bahan sayuran ini terpulang lah pada selera masing-masing. Nak letak cendawan ke brokoli ke pun semua boleh.

6. Dalam mangkuk yang lain. Buat bancuhan kicap. Masukkan 1sb sos tiram + 2sb kicap cair + 2sb kicap manis. Gaul rata.

7. Masukkan bawang holland dan cili benggala. Kemudian, Tuang bancuhan kicap yang buat tadi kemudian perisakan dengan sedikit gula.

beef

8. Akhir sekali, masukkan daun bawang sebagai hiasan. Renjis sedikit minyak bijan untuk naikkan lagi rasa hidangan ini.

9. Siap dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi Stir Fry Beef ini.

Baca juga: Cairkan Daging Beku Cara BETUL, Elak Risiko Keracunan Makanan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN