kek pandan kampung

Rumah tiada oven, tapi teringin nak buat kek sendiri? Jangan risau, anda boleh cuba buat kek pandan kampung yang dibakar menggunakan dapur gas saja.

Hasilnya tetap sama macam menggunakan oven. Lihat cara-caranya yang telah dikongsikan oleh Azrina Rina di bawah. Semoga bermanfaat!

Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven

Bahan A:

  • 5 biji telur gred B
  • 1/2 cawan gula halus (kalau suka manis blh tambah)
  • 1sb ovelate
  • 1/2 cawan santan pekat kara
  • Sedikit pewarn hijau epal
  • Sedikit perisa pandan
  • *1 1/2 cawan gandum
  • *1 sk baking powder
  • *1/2 cawan tepung jagung

Bahan B:

  • 200G unsalted butter lurpark dicairkan (atau guna buttercup)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan A. Aduk menggunakan mixer sampai gebu.

2. Kemudian masukkan butter suam yang sudah dicairkan. Kacau sebati menggunakan senduk sahaja. Tuangkan ke dalam loyang kek.

3. Letakkan pelapik besi atau loyang kek yang diterbalikkan dalam periuk. Kemudian letakkan loyang yang berisi adunan kek tadi ke atas pelapik atau loyang kek.

4. Bakar menggunakan api kecil selama 45 minit. (jangan letak air nanti jadi kek kukus pula)

5. Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Azrina Rina

Baca juga: Resipi Premium Royal Thai Buttercake ‘Viral’ Yang Gebu, Licin & Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN