bihun

Jom kita cuba resepi bihun goreng kicap seafood yang istimewa ini. Sedap sangat resepi bihun goreng ini dan pastinya korang akan puas hati.

Bila masak menu yang berasakan seafood, pastinya seafood yang freash sangat diperlukan. Bila tak fresh, hilang pula stim nak makan nantikan. Menu ini pastinya boleh dihidang bila-bila masa sahaja.

Bihun goreng juga boleh dihidang bila ada masjlis dirumah anda. Contohnya rumah terbuka.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi ‘1 Bahan’ Rahsia Buat Teh Tarik Berlemak Padu

Jadi, bolehlah tetamu membuat pilihan untuk makan nasi ataupun bihun. Seperti biasa, cara memasak bihun ini ada pelbagai cara.

Bihun boleh dimasak ala masakan bihun singapore, bihun sup, bihun goreng ayam dan macam-macam lagi.

Apa saja masakan yang berasaskan bihun pastinya mempunyai keenakannya yang tersendiri.

Resepi bihun goreng kicap seafood ini telah dikongsian oleh seorang pengguna facebook iaitu Nurul Ateekah.

Boleh je guna resepi istimewa ini untuk hidangan jamuan disekolah atau ditempat kerja. Sedap dan mewah rupanya.

Resipi Bihun Goreng Kicap Seafood


Bahan-bahan:

  • 400 gram bihun kering
  • Taugeh
  • Lobak merah (dihiris)
  • 1 biji Bawang besar (dihiris)
  • 6 ulas Bawang putih (dikatok)
  • 3 biji Telur ayam
  • Sotong
  • Udang
  • Serbuk perasa
  • Garam (jika perlu)
  • Minyak masak secukupnya

Bahan sos:

  • 8 sudu besar Kicap Manis (cap kipas udang)
  • 3 sudu besar Kicap pekat ABC
  • 3 sudu besar Sos tiram
  • 3 sudu besar Sos tomato
  • 3 sudu besar Sos cili
  • 2 sudu besar Sos ikan

*Anggarkan saja ikut citarasa masing-masing. Boleh tambah cili kisar jika mahu.


Cara memasak:

1. Rendam bihun sehingga agak lembut. Apabila lembut, toskan bihun dan ketepikan dahulu.

2. Panaskan minyak masak secukupnya. Goreng telur dan masak telur sampai hancur. Apabila dah sedikit garing, angkat dan ketepikan.

3. Mengunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.

4. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan sos, serbuk perasa dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

5. Seterusnya,masukkan udang dan sotong. Masak seketika.

6. Akhir sekali,masukkan bihun yang telah direndam tadi, lobak merah dan juga taugeh. Gaul sehingga rata dan tutup api.


Siap untuk dihidang. Nampak menyelerakan sangat. Confirm tak cukup sepinggan dibuatnya!

Resipi ni boleh di panggil sebagai bihun goreng seafood special. Sebab mewah dengan bahan-bahan.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN