Asyik makan nasi dan masak lemak je kan? Apa kata kali ni kita try resipi Spaghetti Masak Lemak Udang. Jom ikut step by step confirm sedap hingga menjilat pinggan!
myResipi
Nusantara
Mudah
10-15 min
PENYEDIAAN
2 orang
HIDANGAN
Asyik makan nasi dan masak lemak je kan? Apa kata kali ni kita try resipi Spaghetti Masak Lemak Udang. Jom ikut step by step confirm sedap hingga menjilat pinggan!
Spaghetti
Udang XL (5-6 pc)
Santan
1 batang serai (dititik)
8-10 batang cili padi (boleh kurangkan atau lebihkan mengikut citarasa)
2 inci kunyit hidup
Sedikit gula dan garam
Sedikit butter untuk menumis
Rebus spaghetti. Letakan sedikit minyak & garam supaya spaghetti tidak melekat
Blend cili padi, kunyit sehingga lumat
Panaskan kuali dan letak sedikit butter.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan serai
Masukkan santan sedikit demi sedikit. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air
Masukkan udang bersize XL
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan spaghetti yang telah direbus, kacau sehingga sebati
Sedia dihidangkan.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…