Asyik makan nasi dan masak lemak je kan? Apa kata kali ni kita try resipi Spaghetti Masak Lemak Udang. Jom ikut step by step confirm sedap hingga menjilat pinggan!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

10-15 min
PENYEDIAAN

2 orang
HIDANGAN

Spaghetti Masak Lemak Udang

Asyik makan nasi dan masak lemak je kan? Apa kata kali ni kita try resipi Spaghetti Masak Lemak Udang. Jom ikut step by step confirm sedap hingga menjilat pinggan!

BAHAN-BAHAN
  • Spaghetti

  • Udang XL (5-6 pc)

  • Santan

  • 1 batang serai (dititik)

  • 8-10 batang cili padi (boleh kurangkan atau lebihkan mengikut citarasa)

  • 2 inci kunyit hidup

  • Sedikit gula dan garam

  • Sedikit butter untuk menumis

CARA PENYEDIAAN
  • Rebus spaghetti. Letakan sedikit minyak & garam supaya spaghetti tidak melekat

  • Blend cili padi, kunyit sehingga lumat

  • Panaskan kuali dan letak sedikit butter.

  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan serai

  • Masukkan santan sedikit demi sedikit. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air

  • Masukkan udang bersize XL

  • Masukkan garam dan gula secukup rasa

  • Kemudian masukkan spaghetti yang telah direbus, kacau sehingga sebati

  • Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.