sotong masak kicap pedas

Makan dengan nasi panas, memang sedap lauk Sotong Masak Kicap Pedas ini. Sekali sekala buat sotong style lauk lain pun sedap juga. Tak ada lah jemu asyik dibuat sotong goreng kunyit sahaja.

Cara masakannya sama sahaja seperti membuat ayam masak kicap. Cumanya, yang beza adalah penggunaan cili kisar sebagai salah satu bahan utama untuk masakan ini.

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Bagi peminat sotong, boleh mencuba resipi dari perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad ini.


RESIPI SOTONG MASAK KICAP PEDAS

sotong masak kicap pedas

Bahan-bahan:

  • 1kg sotong (lumur kunyit dan garam lepas tu goreng halfcooked)
  • Cili kisar (1senduk besar)
  • Bawang putih/merah/halia/Cili padi ikut kepedasan (kisar)
  • Kayu manis, bunga lawang
  • 2 batang Serai (ketuk)
  • Bawang merah hiris bulat
  • Tomato/cili merah (hiris dan potong)
  • Kicap manis (saya pakai kicap mudim)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sedikit air asam

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar sampai naik bau @ kekuningan,masukkan bunga lawang, kayu manis, serai.

2. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak. Masukkan semua jenis sos (jika pekat tambah air sedikit).

3. Tumis lagi baru masukkan garam n gula secukup rasa.

4. Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah kacau sekejap baru masukkan sotong gaul rata tutup api.

5. Siap dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN