stok cili boh

Masalah utama mak-mak ialah stok cili boh cepat rosak. Dah simpan dalam peti sejuk pun kulat putih muncul bertompok pada permukaan. Dah lah berkulat, baunya pula tengik. Nak tak nak memang terpaksa buang.

Walaupun dah mencuba pelbagai petua seperti mengisar dengan minyak, ramai yang mengakui stok cili mudah berkulat.

Baca juga: Cara BETUL Petik Cili Supaya Tahan Lama Dan Cepat Berbuah Semula

Ikuti tips dan petua dari Cik Puan Cikyuyun Mikhairi supaya tidak terbazir begitu sahaja stok cili boh di rumah.


TIP STOK CILI BOH TAK BERKULAT

stok cili boh

Ujarnya, petua cili kering kisar lambat rosak atau basi ialah dengan memasukkan garam ketika merebusnya. Berikut langkah-langkah petua:

1. Semasa merebus cili, letakkan lima sudu teh garam.

2. Rebus cili tersebut hingga masak.

3. Kemudian bilaskan ia dengan air suam.

4. Toskan dan kemudian kisar dengan satu sudu teh garam.


PETUA CILI API TAK MUDAH BUSUK

Tak hanya cili kering kisar, cili api juga bahan yang selalu dijadikan rencah masakan masyarakat kita. Terpaksa membeli satu paket atau dalam kuantit yang banyak, sayang pula kalau ia rosak begitu sahaja.

Apa kata ikut petua ini. Beliau juga turut berkongsi tip menyimpan cili api agar tidak lekas busuk.

1. Sebelum disimpan buang bahagian tangkainya.

2. Cuci bersih dan tos cili sehingga kering.

3. Simpan di dalam bekas bertutup bersama tiga hingga empat ulas bawang putih yang telah dikupas.

4. Simpan stok cili api ini di bahagian chiller peti sejuk anda.

5. Cili akan tahan dua hingga tiga minggu.


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Cili Jeruk Rangup Dan Tahan Lama, Penambah Selera Makanan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN