simpan lauk

Simpan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost Rupanya! 

Kalau biasa hadapi masalah ini setiap kali beli lauk, boleh tukar cara simpan barang basah ini ikut cara yang dikongsi oleh Cik Puan Firda Ashaary.

Baca juga: Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini

Bila beli stok lauk basah baik ayam, daging, ikan, sotong dan udang dalam kuantiti banyak selalu jadi masalah untuk kita simpan dalam freezer. Bila masuk dalam bekas plastik ruang penuh bersumbat kadang-kadang tak muat.

SIMPAN LAUK BASAH DALAM PLASTIK ZIPLOCK

simpan lauk

Rupanya cara untuk jimat ruang dalam freezer dan mudah untuk defrost adalah menyimpan semua lauk ini dalam plastik ziplock.

Tip ini kata Firda, beliau mengambil tips dari adik jirannya. Katanya selama ini selepas siap cuci dan potong lauk mentah, dia akan mengasingkannya ikut kuantiti sekali masak dan simpan bekas bertutup.

Caranya, simpan lauk mentah yang dibersihkan dalam plastik ziplock ikut portion dan susun dalam freezer termasuk di rak tepi. Boleh guna ziplock jenis memanjang.

SENANG NAK DEFROST DAN MANIS LAUK MASIH KEKAL

simpan lauk

Cara ini proses defrost lebih cepat selain itu rasa manis lauk termasuk daging tak hilang kerana lauk masih kekal dalam plastik waktu direndam dalam air.

Bila nak defrost, ambil plastik ini rendam terus dalam air. Tak perlu keluarkan lauk di dalamnya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN