Categories: Resipi

Siakap Rebus Asam Masam Pedas, Segar Sampai Berpeluh! Resipi 3 Langkah Super Mudah

Kalau anda teringin menu berkuah yang ringan, masam, pedas dan menyegarkan, Siakap Masak Asam Rebus antara hidangan yang tak pernah mengecewakan.

Resipi Siakap Masak Asam Rebus diinspirasikan daripada perkongsian popular Khairul Abdullah dan yang menarik, tak perlu kukus, tak perlu tumis, cuma rebus saja tapi hasilnya tetap padu sebab semua jus ikan meresap terus ke dalam kuah.

Baca juga: Buat Sendiri Ikan Siakap Stim Ala Thai, Aromanya Memang Menggoda Selera!

RESIPI SIAKAP MASAK ASAM REBUS

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 2–3 batang serai (diketuk & dipotong pendek)
  • 1 batang celery (pilihan)
  • 1 biji tomato (dibelah 8)
  • 10 biji cili padi (tambah jika mahu lebih pedas)
  • 1–2 biji limau nipis
  • 3 biji asam boi
  • 3 sudu sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan ikan siakap, halia, bawang putih, bawang besar, serai, celery dan asam boi ke dalam periuk. Tambah air mengikut banyak kuah yang anda mahu. Rebus hingga mendidih dan ikan mula mengeluarkan jusnya.

2. Kecilkan api. Masukkan tomato, cili padi, perahan limau nipis dan sos ikan. Rasa dahulu sebelum tambah garam, kuah rebusan biasanya sudah cukup sedap.

3. Bila semua rasa seimbang (masam, pedas, masin), tutup api dan taburkan daun bawang serta ketumbar untuk aroma segar.

Tips tambahan untuk lebih padu:

  • Nak aroma naik? Masukkan sedikit halia muda.
  • Jika mahu kuah lebih banyak, tambah air dan laras semula perasa.
  • Boleh tukar siakap kepada siakap merah atau jenahak.
  • Nak lebih kick, tambah 1–2 keping asam keping.

Kuah asam rebus ni memang jernih, tak berminyak, tapi kaya dengan rasa.

Menu ini sesuai untuk sesiapa yang dah bosan dengan masakan bergoreng. Gabungan serai, halia, limau nipis dan asam boi menjadikan kuahnya wangi, masam seimbang dan sangat menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Khairul Abdullah

Baca juga: Cara Buat Siakap 3 Rasa Simple Di Rumah, Sedap Setanding Kedai Makan!

Aimi

Recent Posts

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

34 minutes ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

58 minutes ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

1 hour ago

Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ini Singgah Kuantan & Ada Konsep Baharu!

Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…

2 hours ago

Resipi Pais Ikan Kembung Berbalut Daun Pisang, Bakar Atas Dapur Pun Dah Cukup Menyelerakan!

Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…

3 hours ago

Harum Aroma Telur, Manisnya Pun Tak Terlebih! Ini Resipi Kuih Bahulu Gebu Buat Sendiri Di Rumah

Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…

3 hours ago