sambal tumis sardin

Masakan Sambal Tumis Sardin ini selalu nampak di kedai-kedai mamak jadi mesti ramai selalu fikir ini mungkin masakan India Selatan. 

Cara memasak pun memang ringkas. Hiris halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering. Tambah sardin dan air asam jawa sedikit. Sedap bukan main makan dengan nasi panas-panas.

Baca juga: Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Guna ‘Pressure Cooker’

Hidangan ini juga sesuai dimakan bersama lempeng, roti puri atau balut dalam wrap. Nak isi dalam kulit karipap pun boleh, nak balut dalam roti canai segera – sapu telur – dan bakar dalam oven jadi puff pastry pun boleh. Pendek kata, satu lauk yang boleh pecah banyak arah.

Ikuti resipi mudah dan ringkas dari Cik Puan Siti Hazneza Abdul Hamid ini. Memang naik selera dibuatnya.


RESIPI SAMBAL TUMIS SARDIN LETAK KENTANG

sambal tumis sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin – buang tulang ikan
  • 1 labu bawang besar – hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih – belah
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan kicap lemak manis
  • 5 biji ubi kentang – potong wedges dan goreng
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang – hiasan 

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kena buang dahulu tulang sardin dalam tin. Tangan kena ‘lembut’ sedikit.

2. Ubi kentang potong wedges dan goreng. Kemudian angkat dan ketepikan. 

3. Panaskan minyak, goreng sardin. Tutup kuali sebab memang akan meletup masa menggoreng ini.

4. Apabila ikan sardin garing, masukkan sos sardin, bawang besar dan bawang putih.

5. Tambah sedikit air, serbuk cili setakat kepedasan yang disukai dan sedikit kicap lemak manis untuk dapatkan warna yang cantik.

6. Tambah kentang yang telah masak dan kacau hati-hati. Masuk secara perlahan-lahan dan kaup sahaja supaya ikan sardin tidak hancur. Tambah garam jika perlu.

7. Boleh tutup api. Hiaskan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidang!


Selamat mencuba sambal tumis sardin bersama kentang ini. 

Baca juga: Sardin Gulung Bakar Macam Kedai Bakeri, Memang MENJADI Guna Cara Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN