kuah yong tau foo

Setiap kali pergi pasar malam mesti wajib cari Yong Tau Foo ni. Rupanya tak susah mana pun nak buat kuah Yong Tau Foo homemade.

Kadang-kadang bila beli, tak puas makan sebab nak beli banyak harga boleh tahan mahal juga.

Kalau buat sendiri, boleh makan puas-puas. Confirm puas hati anak-anak makan. Jom cuba buat menggunakan resipi di bawah.

RESIPI KUAH YONG TAU FOO HOMEMADE

Bahan A:

  • Cili giling 1 sudu makan
  • Belacan 1 sudu teh
  • Sos tiram 1 sudu teh
  • Kicap 1 sudu makan
  • 1 ketul gula melaka (hitam)
  • 1 sudu makan tepung jagung – campur dan kacau dengan air sejuk
  • 1/2 cawan air masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan B:

  • 1 sudu makan bijan – goreng tanpa minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk. Masukkan 1 sudu minyak masak kedalam periuk yang telah dipanaskan.
  2. Masukkan cili giling dan belacan. Kacau sehingga agak garing.
  3. Masukkan 1 ketul gula melaka. Biarkan ia cair.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.
  5. Masukkan air masak dengan tepung jagung. Kacau semuanya sehingga mendidih dan sebati.

  6. Tuang dalam bekas, taburkan bijan dan hidangkan bersama bahan-bahan Yong Tau Foo.

Kredit: Puan Faezah Rashid

Baca juga:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN