taco

Taco Bell secara rasminya dah mula dibuka pada 2 April 2021 di cawangan pertama di Cyberjaya.

Manakala cawangan kedua pula bakal dibuka di Bandar Sunway dan juga Cheras tapi masih lagi tidak diumumkan bilakah tarikh pembukaannya.


Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Order Subway. Beserta Tips Pilih Roti, Isi, Sayur & Sos Yang Sedap


Bagi anda yang mengidamkan makanan Mexico ini, tentunya terasa jauh hendak ke Cyberjaya.

Jadi, min nak share sedikit resepi yang anda boleh buat dibuat. Jimat dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak.

Bahan-bahan:

Ayam potong dadu (isi je tau)
3 sudu besar taco seasoning (kalau nak buat sendiri, resepi min ada sertakan di bawah)
1 bawang kuning (cincang)
1 cili benggala, dicincang (jalapeno jika ada)
1 biji tomato (potong dadu)
2 sudu teh minyak/mentega

Cara membuatnya:

1. Masukkan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, setelah panas, masukkan bawang. Masak bawang hingga menjadi lembut. Masukkan cili benggala/jalapeno dan masak lebih kurang 3 minit.

2. Setelah itu, masukkan ayam dan masak hingga cecair di serap oleh ayam (masak sehingga kering). Masukkan taco seasoning. Masak lebih kurang seminit, angkat dan sedia untuk dimakan bersama tortilla. Anda boleh beli tortilla di pasaraya yang menjual makanan Mexico atau di pasaraya.

Cara Buat Taco Seasoning

Bahan-bahan:

1 sudu besar serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk bawang putih
1/4 sudu teh serbuk bawang merah
1/4 sudu teh serbuk cili atau cayenne pepper
1/4 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu teh paprika
1 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam

p/s: Anda juga boleh guna daging ayam atau lembu yang tak cincang dan sapukan perasa taco di atas daging dan bakar dalam oven atau air fryer.

Rehatkan daging lebih kurang 15 minit sebelum dipotong dan dihidangkan.

Daging taco boleh dimakan bersama salad, avocado, sour cream, bawang besar yang dipotong dadu, potongan tomato atau salsa, dan shredded cheese.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN