sambal tumis bilisOrang kata kalau nak tahu sambal tumis bilis itu sedap atau tidak, tengok pada warnanya. Lagi gelap, mesti sambal bilis itu lagi padu dan pedas.

Makan dengan nasi lemak atau ada yang makan bersama mihun memang sangat kena dengan selera kita. Ada yang gemar pedas-pedas manis dan ada yang sebaliknya. Terpulang kepada diri sendiri.

Tapi, apakah tips atau cara untuk buat sambal ini menjadi gelap?

Jom tengok resipi dari Ain Johan yang mendapat perkongsian dari warga Facebook sebanyak 4k.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Keladi, Rupanya Ada Cara Masak Supaya Tak Gatal Tekak

RESIPI SAMBAL TUMIS BILIS

Bahan-bahan Sambal Bilis

  • Bawang besar 2 labu
  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili kisar 2 senduk
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Air asam jawa 2 sudu
  • Nissang/Gula merah/Gula Melaka 1 keping kecil
  • Garam dan kiub ayam (pilihan) secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bilisan segenggam (pilihan, boleh diblend jika tidak suka bilis dalam sambal)

Cara-cara Penyediaan

1. Blend bawang besar dan bawang putih sehingga halus.

2. Panaskan minyak yang cukup untuk menumis.

3. Tumis cili kisar dan bahan-bahan yang telah diblend.

4. Masak atas api sederhana sehingga cili betul-betul masak. Tambah air 3-4 kali dan teruskan masak sehingga cili bertukar gelap. Pastikan api tidak terlalu kuat untuk mengelakkan sambal hangus dan pahit.

5. Masukkan belacan, air asam jawa, dan gula Melaka.

6. Perasakan dengan garam dan kiub ayam (jika guna) secukup rasa.

7. Gaul rata dan teruskan masak sehingga sambal mencapai konsistensi yang diingini.

sambal tumis bilis

Tips Penyimpanan:

  • Sambal yang betul-betul masak boleh tahan lama sehingga 1 bulan walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.
  • Pastikan setiap kali mengambil sambal, gunakan sudu yang bersih untuk mengelakkan sambal cepat rosak.

Sumber: Ain Johan 

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tumis Darat Paling Simple, Sekejap Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN