koci pulut hitam

Terdapat pelbagai jenis kuih koci yang boleh dicuba. Salah satu yang sering menjadi kegemaran ramai adalah kuih koci pulut hitam.

Lebih sedap jika dibungkus bersama kuah santan atau dipanggil koci leleh. Setiap gigitan pasti akan lebih terasa kelazatan kuih koci berinti kelapa dengan gabungan kuah santan yang lemak masin.

Jika ada yang mahu mencuba, mari kita pelajari resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh Manda Syuhada di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Tepung Gomak Inti Kelapa Manis, Kuih ‘Legend’ Yang Masih Digemari Ramai

RESIPI KUIH KOCI PULUT HITAM

Bahan-bahan:

  • 250g tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air (agak-agak saja)
  • 1/2 cawan pulut hitam
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

1. Kisar 1/2 cawan pulut hitam menggunakan blender. Kemudian tapiskan.

2. Satukan semua bahan iaitu tepung pulut, air, air pulut hitam dan minyak masak. Gaul sehingga semuanya sebati.

3. Kemudian, cubit sedikit adunan, letak inti di tengah dan bulat-bulatkan.

koci pulut hitam

4. Kemudian, rebus di dalam air mendidih sehingga timbul. Bila dah timbul, boleh angkat dan masukkan ke dalam santan leleh (lihat resipi di bawah) yang sudah dibuat awal.

5. Sendukkan sebiji ke atas daun pisang. Bungkus dengan kemas dan kukus selama 3 hingga 5 minit.

RESIPI SANTAN LELEH

Bahan-bahan:

  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

1. Masak semua bahan sehingga pekat dan lihat. Selamat mencuba!

koci pulut hitam

Kredit resipi dan gambar: Manda Syuhada

Baca juga: Resipi Kuih Kasturi, Ikut Petua Ini Supaya Kuih Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN