Sambal Tempoyak Daun Kayu

Sedap makan sambal tempoyak daun kayu bila dimakan bersama ikan goreng. Masak pekat dan pedas, sedap sangat! Memang tak tengok lauk lain. Ada cara ‘simple’ nak buat sambal tempoyak ini, paling penting ada daun kayu dan tempoyak.

Baca juga: Bunga Durian Goreng Belacan, Sajian Sayur Orang Sarawak Dan Indonesia

Anda boleh mencuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nor Hasnah Abdul Kadir. 

Nak lagi padu, lebih sedap kalau menggunakan tempoyak baru. Cukup sekadar campuran isi durian, garam dan gula sahaja.


RESIPI SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

Sambal tempoyak daun kayu. Ini antara menu rare. Nak buatnya memang remeh tapi saya suka main racik-racik daun itu. 
Menu ini dari Negeri Sembilan juga. Kalau beli ada je orang jual tapi saya cerewet. Saya nak semua bahan cukup ikut KPI saya, cara saya masak.

sambal tempoyak daun kayu

sambal tempoyak daun kayu

Bahan-bahan:

  • 2 ikat pucuk ubi
  • 10 helai daun kunyit
  • 6 helai daun cekur
  • 10 helai pucuk labu
  • 1 helai daun kaduk
  • 1 helai pucuk cengkering
  • 1 helai daun mangun
  • 6 batang serai (yang lembut saja)
  • 10 papan petai
  • 2 ulas bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis (tumbuk sikit) atau 1/2 kg udang
  • 1 kg santan
  • 1/5 kg tempoyak
  • 5 sudu cili api mesin
  • Kunyit dan garam secukup

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, cuci dahulu ke semua daun hingga bersih dan lap kering. 

2. Kemudian, selepas bersihkan, gulung daun-daun dalam daun kunyit untuk mudah nak potong hiris.

3. Hiris semua daun.

4. Masukkan semua bahan untuk kuahnya, santan, tempoyak, cili mesin, ikan bilis, kunyit dan masak smpai mendidih.

5. Masukkan udang jika hendak guna udang. Kalau tidak, boleh langkau langkah ini. 

6. Masukkan semua daun yang telah dihiris tadi.

7. Perasakan dengan garam.

8. Tunggu sehingga agak pekat kuahnya. baru tutup api. Sedia untuk dihidang dalam pinggan lauk.

sambal tempoyak daun kayu

Nota tambahan:

  • Petai boleh belah dua
  • Bawang boleh skip
  • Cara satu lagi masuk semua bahan dan didihkan

Selamat mencuba resipi original Negeri Sembilan ini. 

Sumber: Nor Hasnah Abdul Kadir

Baca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN