Categories: Resipi

Sambal Telur Versi Garing, Antara Lauk Tengah Bulan SEDAP Dan Simple!

Sambal telur versi garing ini memang sedap walaupun penyediaannya ringkas dan mudah. Bagi anda yang belum mencubanya, boleh ikuti resipi yang telah dikongsi oleh Hajar Mohd ini.

Biasanya hidangan ini dihidangkan dari pertengahan bulan hingga hujung bulan. Kelazatan lauk ini tidak hanya terletak pada kesederhanaan penyediaannya, malah sambal yang digunakan memberikan cita rasa yang luar biasa.

Baca juga: Sambal Telur Pecah Cara MUDAH, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

Proses memasak melibatkan sambal yang telah dimasak terlebih dahulu, diikuti dengan memecahkan telur di atasnya dan membiarkannya masak. Keunikan sambal garing ini terletak pada penggunaan ikan bilis, bawang, dan cili yang digoreng sebelum ditumbuk.

Resipi ini juga sesuai untuk anda yang ingin menyediakan hidangan sedap tanpa perlu menghabiskan masa yang lama di dapur. Ikuti resipi penuh dibawah.


RESIPI SAMBAL TELUR VERSI GARING

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng ikan bilis sampai garing.
  2. Ketepikan ikan bilis garing. Terus goreng bawang putih dan cili kering yang di gunting pendek tadi. Goreng sampai layu dan separa garing. Api mesti slow supaya sambal kita tidak pahit.
  3. Kita tumbuk ikan bilis, bawang putih dan cili kering tadi guna lesung.
  4. Minyak goreng bahan tadi tu kita letak sesudu sos tiram. Supaya sambal kita tak pahit.
  5. Seterusnya, tuang bahan yang di tumbuk tadi.
  6. Masukkan telur. Tak perlu nak letak garam kerana sos tiram dan ikan bilis dah ada rasa masin.
  7. Nak bagi telur masak. Kecilkan api dapur dan tutup kuali dengan penutup beberapa minit saja.
  8. Siap untuk dihidang! Taburkan daun bawang/daun sup. Perahkan sedikit jus limau nipis.


Selamat mencuba idea menu lauk tengah bulan yang ringkas dan sedap ini

Sumber: Hajar Mohd

Baca juga: Telur Bistik Ala Thai Resipi SIMPLE, Memang ‘Sebijik’ Rasa Macam Kedai Siam

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

1 hour ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

5 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

5 hours ago

Resipi Ikan Siakap Tomyam, Idea Tukar Selera Kalau Dah Jemu Masak Tiga Rasa!

Biasa makan tomyam ayam atau tomyam seafood? Apa kata kali ini cuba pula resepi ikan…

5 hours ago

Buat Kuih Lompang Gula Merah Ikut Sukatan Cawan, Ini Petua Supaya Berlekuk Cantik!

Kuih lompang sukatan cawan antara resipi kuih tradisional yang mudah dibuat sendiri di rumah. Rasanya…

6 hours ago