sambal ikan bilis tempe

Resipi sambal ikan bilis tempe sebenarnya tidak susah jika tahu tekniknya yang betul. Hasilnya, tempe akan kekal rangup dan tidak lemau selepas digaul dengan sambal.

Jika ada yang ingin belajar cara membuatnya, jom ikuti entri ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui resipi penuh. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Buang Tempe Berbau, Rupanya Sedap Jika Goreng Ikut Cara Ini

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TEMPE

Tips: Untuk memastikan tempe dan ikan bilis kekal garing, guna minyak yang mencukupi semasa menumis supaya cili dan bawang benar-benar masak. Rasa sambal ini boleh diubah suai mengikut selera. Jadi jika ada yang kurang, boleh tambah apa yang patut. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • 10 bungkus tempe
  • 2 genggam ikan bilis
  • 7 ulas bawang besar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • Halia sebesar ibu jari (dikisar)
  • 10 sudu besar cili kering kisar
  • 10 sudu besar gula putih (boleh ganti dengan gula Melaka)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Goreng tempe dan ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia yang telah dikisar hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering kisar dan masak hingga pecah minyak.
  4. Tambahkan air asam jawa dan garam secukup rasa, kacau rata.
  5. Apabila sambal hampir kering, masukkan gula dan terus kacau hingga gula cair dan sambal menjadi pekat.
  6. Tutup api, kemudian masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul hingga sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar

Baca juga: Kena Rendam Dulu, Baru Tempe Jadi Garing Di Luar & Lembut Di Dalam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN