rahsia sambal ayam gepuk sedap

Bagi penggemar sambal, tak sah rasanya kalau tak tahu buat sambal ayam gepuk yang popular dan sedap ini. Dihidangkan di atas ayam goreng yang rangup di luar dan juicy di dalam, memang ‘bikin’ selera naik.

Rupa-rupanya, ada rahsia untuk membuat sambal gepuk yang sedap ini. Memang boleh tahan stok sehingga seminggu. Yang penting, tak perlu masak sambal dalam kuali. Rahsianya adalah pada penggunaan minyak masak yang panas.

Baca juga: Sambal Bawang SIMPLE Tapi Padu, Simpan Luar Peti Sejuk Pun Tahan Seminggu!

Mari ikuti perkongsian rahsia sambal ayam gepuk sedap dari @helmihaqiem di Twitter. Setakat artikel ini ditulis,  perkongsian beliau telah meraih sehingga 1.2k retweet serta 2.7k tanda suka.


RAHSIA SAMBAL AYAM GEPUK SEDAP

Dulu pernah jadi pengurus Ayam Gepuk P** G*****. Kita tahulah apa bahan yang pakai dalam sambal. Yang penting, sambal tak payah masak, tapi elok pecah minyak. Simpan buat stok seminggu.

sambal ayam gepuk

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Cili padi merah 
  • Cili padi hijau kampung

Ratio cili merah 3 : 1 cili hijau

  • Kacang jagus 
  • Minyak bijan – rahsia sambal jadi lagi ‘kick’
  • Minyak masak 

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, tumbuk dulu bawang putih bagi lumat. 

2. Lepas itu, masukkan cili merah dengan hijau. Kalau ada batu giling lagi bagus boleh guna, aku pakai batu lesung je. Tumbuk sedikit demi sedikit. Sampai lumat. Sementara itu, anda boleh panaskan minyak masak.

3. Agak agak dah lumat cili itu, boleh masukkan minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam lesung batu. Ia akan berbunyi ‘berdeser’ menandakan cili itu sedang mengelegak masak. 

4. Gaul bagi minyak dan cili sebati. Kemudian, masukkan kacang gajus. Yang ini pun kuantiti agak-agak je.

5. Bila dah lumat cili + kacang gajus. Boleh tambah garam dgn MSG, kemudian gaul rata. Paling penting, masukkan mintak bijan agak agak je. Gaul rata.

6. Kemudian, minyak masak panasyang sama tadi, tuang lagi dalam bahan siap tumbuk tadi. Gaul > letak minyak > gaul > letak minyak, ia akan masak sendiri dalam lesung batu itu.

7. Bila dah rasa macam dah cukup minyak, masukkan dalam bekas. Minyak elok terapung elok pecah minyak dah siap. Tahan stok untuk seminggu.


Selamat mencuba rahsia ‘bikin’ sambal ayam gepuk yang sedap.

Baca juga: Cara Buat Sambal Ikan Masin Sengelo, Sambal Tradisi Orang Sarawak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN