ayam masak bawang

Mari cuba buat lauk Ayam Masak Bawang ala mamak ini. Ia adalah hidangan lazat yang kaya dengan perisa bawang dan rempah ratus.

Baca juga: Mi Goreng Basah Pedas Style Mamak, Memang Sama Aroma & Rasanya

Perkongsian resipi dari Cik Puan Anna Azilla ini telah meraih sehingga 6.8K shares di Facebook. Memang ramai penggemar hidangan mamak ini. 

Berikut adalah resipi cara memasak di bawah yang anda boleh ikuti. 


RESIPI AYAM MASAK BAWANG ALA MAMAK

Dah lama simpan resepi ini sebab suka makan. Kalau ke kedai mamak, ini antara pilihan utama. Hari ini saya rajin lebih sedikit. 

ayam masak bawang

Bahan-bahan yang diperlukan: 

  • 6-7 ketul ayam – gaul garam kunyit
  • 1 biji bawang besar – mayang halus 
  • 1 helai daun pandan – potong 4
  • 1 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan
  • 2-3 ulas bawang putih – kisar jadi pes 
  • 1 inci halia – kisar jadi pes
  • 1 biji bawang besar – kisar jadi pes. Asingkan kisaran bawang dan airnya
  • 2 sudu makan serbuk cili 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis dan jintan putih 
  • 1 sudu makan serbuk kari daging 
  • 1/2 sudu makan garam masala
  • 1 sudu makan sos cili 
  • 1 sudu makan sos tomato 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak masak dan goreng bawang yang dimayang halus hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.

3. Ambil 1 senduk minyak gorengan tadi dan tumis daun pandan, daun kari serta rempah 4 sekawan.

4. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih. Kacau sebati.

5. Masukkan pes bawang terlebih dahulu. Kacau seketika kemudian barulah dimasukkan air bawang untuk kuah.

6. Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari daging dan garam masala. Kacau lagi.

7. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.Kacau.

8. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Garam jangan terlalu banyak kerana ayam sudah mempunyai rasa. Gaul sebati dan biar kuah menjadi pekat.

9. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sebati.

10. Akhir sekali masukkan bawang yang telah digoreng. Kacau rata.

11. Hidangan siap untuk dinikmati.


Selamat mencuba resipi Ayam Masak Bawang style mamak ini.

Baca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN