Tular di media sosial apabila seorang rider selamba hantar makanan di tanah perkuburan. Ia membuatkan netizen berasa ‘seram sejuk’ apabila melihat video ini sehingga habis.
Seperti yang ramai tahu, Penghantar makanan atau rider pastinya banyak pengalaman membuat penghantaran tanpa mengira tempat atau lokasi.
Baca juga: Orang Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000
Tanpa mengira cuaca atau waktu, penghantar makanan akan melakukan segalanya demi mengumpul duit buat keluarga atau diri mereka.
Kebiasaan pastinya rider menghantar di rumah ataupun pejabat, tapi jangan main-main sekarang ini sampai ke kawasan perkuburan demi memenuhi pekerjaan mereka.
RIDER SELAMBA HANTAR MAKANAN DEKAT KUBUR
Satu video pendek telah dikongsi oleh pengguna TikTok, @anwarcaad13 mengenai kesanggupan rider yang sanggup masuk ke kawasan perkuburan.
Pastinya pada mula ramai yang menolak mungkin kerana takut ia adalah gurauan semata tanpa mengetahui sebenarnya memang ada orang buat pesanan.
Video penuh:
Rupanya yang membuat pesanan itu adalah sekumpulan orang yang sedang menyiapkan lubang kubur kerana ada kematian.
Mungkin terlalu lapar tapi banyak lgi kerja perlu dilakukakan hingga mereka terpaksa membuat pesanan dalam aplikasi penghantaran makanan.
Rata-rata mengkagumi keberanian penghantar makanan tersebut, yang berani membuat penghantaran meskipun tahu di kawasan perkuburan.
“Ingat kena scam (tipu). Nayaaa ikut lokasi tahu-tahu sampai kubur. Nasib baik tak kena scam.
“Agak-agaklah bang order (buat pesanan) lokasi dekat kubur. Aku rasa dia fikir banyak kali sebelum hantar.
“Abang ini tenang sahaja sebab sebelum ini pernah hantar pesanan dekat alam sebalik mata,” antara komen netizen.
Baca juga: Chicken Chop Sebenarnya Dari Malaysia? Mat Salleh Ini Dedahkan
Sumber: Anwar Abdul Rahman