Hotel Grand Millennium KL

Sempena bulan Ramadan yang mulia pada tahun 2025, The Mill Cafe, Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur (KL) akan kembali dengan bufet Ramadan yang menarik.

Kami tertarik dengan menu untuk bufet Ramadan ‘Jom Makan 2.0’ di The Mill Cafe, Hotel Grand Millennium KL kerana kena dengan citarasa kampung. Jom kita tengok menunya!

Baca juga: 10 Kedai Makan Viral Di Malaysia Sebab Cantik, Sesuai Untuk ‘Nature Lover’

MENU WAJIB CUBA SEWAKTU BUFET RAMADAN ‘JOM MAKAN 2.0’ DI THE MILL CAFE, HOTEL GRAND MILLENNIUM KL

1. Kawah Pak Ali

hotel grand millennium kl

Di stesen ini, anda akan rasai suasana seperti berada di kampung kerana menunya dimasak dalam kawah yang baunya sangat memikat selera. Ini antara menu yang wajib anda cuba:

  • Assam Pedas Telur Ikan Mayong

hotel grand millennium kl

Hidangan popular di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ini menampilkan telur ikan mayong, makanan istimewa di Melaka yang menawarkan rasa pecahan dan pedas kena dengan selera kampung.

  • Gulai Kawah Kelantan (ayam, daging lembu, perut, paru-paru)

hotel grand millennium kl

Menu seterusnya adalah tradisi istimewa di Kelantan yang dimasak dalam kawah besar. Ia dipenuhi pelbagai isi seperti ayam, daging lembu, perut dan paru-paru yang lembut serta kuah gulainya penuh berempah.

  • Telur Itik Masak Lemak Cili Api

the mill cafe

Nak makan masakan Melayu klasik, inilah menunya. Telur itik yang berkrim direbus dalam kuah lemak yang pedas beraroma menjadikannya hidangan terbaik untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

2. Kambing Bakar Utara

hotel grand millennium kl

Sesiapa yang suka daging kambing, wajib cuba Kambing Bakar Stail Utara bersama Nasi Mandy ini. Bukan saja luarnya rangup, malah isinya penuh dengan rasa yang berjus.

3. Sup Daging Selat

hotel grand millennium kl

Menu kesukaan rakyat Malaysia ini dilengkapi dengan daging lembu rebus yang diperkaya dengan rempah seperti ketumbar, jintan, adas dan lada hitam. Apabila dihirup, bau kuahnya sangat beraroma.

NAK CARI MAKANAN PEMBUKA SELERA, HOTEL GRAND MILLENNIUM KL ADA SEDIAKAN STESEN ‘BERASAP’

Kami cadangkan anda singgah stesen ‘Berasap’ untuk nikmati hidangan pembuka selera seperti Sate Ayam, Sate Daging dan Otak-Otak Muar. Berdekatan stesen ini, ada Ulam-Ulaman, Rojak Pasembor, Kerabu, Lemang, Ketupat, Serunding dan Keropok juga.

SEBELUM PULANG, WAJIB CUBA PENCUCI MULUT TRADISONAL DI STESEN ‘RUMAH MANISAN’

Di stesen ‘Rumah Manisan’, anda boleh pilih pelbagai pencuci mulut tradisional seperti Apam Balik, Kuih Lapis, Kuih Seri Muka, Onde-Onde, Pulut Hitam dan Kuih Talam.

Selain itu, wajib cuba Bubur Serawa Durian, Ais Kacang dan Cendol. Paling nostalgia, ada Aiskrim Potong dan kuih goreng seperti Pisang, Cempedak, Sukun, Keladi dan Ubi Getuk.

REBUT PROMOSI ‘EARLY BIRD’ UNTUK BUFET RAMADAN 2025 DI HOTEL GRAND MILLENNIUM KL SEBELUM 28 FEBRUARI 2025

Jangan lepaskan peluang untuk promosi ‘early bird’ dengan harga RM143++ untuk dewasa dan RM71.50++ untuk kanak-kanak. Ingat, promosi ini ditawarkan sebelum 28 Februari 2025 saja.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, anda boleh hubungi melalui:

  • Whatsapp: +6012-3170120
  • Telephone: +603-21174163

Nikmati bufet Ramadan yang sedap di The Mill Cafe, Grand Millennium Hotel KL, jom tempah sekarang!

Sumber: Grand Millennium Kuala Lumpur

Baca juga: 10 Kedai Makan Nasi Campur Di Melaka, Dah Rasa Terus Tak Ingat Nak Balik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN