restoran mamak

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menyatakan bahawa mereka bersedia untuk ambil pekerja etnik Rohingya di restoran mamak jika dibenarkan kerajaan.

Hal ini disebabkan iklan kerja kosong yang dibuat Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) melalui Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) tak dapat sambutan oleh warga tempatan.

Baca juga: Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

RESTORAN MAMAK TIADA MASALAH MENGGAJI PEKERJA ETNIK ROHINGYA JIKA MEMPUNYAI DOKUMEN SAH

restoran mamak

Kredit Gambar: Kosmo Digital

Presiden PRESMA, Datuk Jawahir Ali Taib Khan, berkata, pihaknya tiada masalah untuk menggajikan pekerja dalam kalangan etnik Rohingya. Namun, mereka harus mempunyai dokumen sah serta dibenarkan oleh kerajaan untuk diambil bekerja.

“Bagi mengambil etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), saya difahamkan ketika ini belum ada dasar yang jelas mengenai mereka.

Tapi, kami tiada masalah untuk mengambil mereka bekerja jika langkah itu dibenarkan oleh pihak berkuasa.”

-Presiden PRESMA, Datuk Jawahir Ali Taib Khan-

PERINTAH GAJI MINIMUM BAHARU, MINIMUM RM1,700 SEBULAN TURUT DIPATUHI DI RESTORAN MAMAK

restoran mamak

Kredit Gambar: Facebook Qalam Bistro Kajang

Selain itu, pihaknya juga tiada masalah berhubung pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu dengan kenaikan gaji minimum RM1,700 sebulan yang mula berkuat kuasa.

“Berhubung gaji minimum itu, PRESMA bukan saja memastikan ia dipatuhi, malah ahli kami memberi nilai tambah seperti menyediakan makanan percuma dan kemudahan asrama yang selesa untuk pekerja masing-masing.

Sebelum ini, PRESMA pernah beberapa kali mengadakan temuduga terbuka untuk orang ramai, namun ia tidak mendapat sambutan.

Jadi, tidak timbul isu PRESMA tidak mahu menggaji pekerja tempatan sebaliknya faktor kesesuaian menjadi antara penyebab kenapa ia tidak mendapat sambutan.”

-Presiden PRESMA, Datuk Jawahir Ali Taib Khan-

Baru-baru ini media melaporkan, kerajaan sedia berbincang bersama agensi berkaitan mengenai permintaan beberapa persatuan berhubung kebenaran membawa masuk pekerja asing dalam sektor restoran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, mengenai permintaan itu.

FAKTOR KESESUAIAN JADI PUNCA KURANG SAMBUTAN DARIPADA WARGA TEMPATAN

Pekerja tempatan yang tak biasa dengan sektor restoran mamak, mungkin sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran serta memastikan kualiti makanan dan minuman yang disediakan.

Oleh itu, PRESMA menyambut baik sekiranya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dapat membantu pemilik restoran mamak untuk mengambil pekerja tempatan.

PRESMA sentiasa mengutamakan pekerja tempatan dalam bidang ini dan ia terbukti dengan beberapa pemilik restoran mamak hari ini, sebelumnya adalah pekerja yang sudah berpengalaman bekerja di restoran.

Buat anda yang sedang mencari pekerjaan pada tahun ini, jangan terlalu memilih dan cuba ambil pengalaman sebanyak mungkin sebelum mendapat pekerjaan yang diidamkan.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook MR Mamak, Tripadvisor

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Netizen Malaysia Mengamuk, Juara Masterchef Indonesia Komen Nasi Kandar Rasa Berpasir

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN