pastry world cup 2025

Setelah dapat tahu tentang kejayaan pasukan Malaysia membawa pulang pingat gangsa dalam Pastry World Cup 2025 yang berlangsung di Lyon, Perancis, memang bangga tak terhingga.

Pertandingan yang dikenali sebagai “Coupe du Monde de la Pâtisserie” dan diadakan setiap dua tahun ini telah membuatkan pasukan Malaysia dikenali di mata dunia.

Baca juga: Wanita Terkejut Beli Kuih Ada Tanah, Netizen Syak Gerai Tepi Jalan Ini Kena Sihir

PASUKAN MALAYSIA BAWA PULANG PINGAT GANGSA DALAM PASTRY WORLD CUP 2025

pastry world cup 2025

Bertemakan “National Heritage” atau Warisan Kebangsaan, pasukan Malaysia mengambil peluang terbaik ini dengan menampilkan kekayaan budaya dan warisan tempatan.

Pertandingan yang berlangsung selama 9 jam ini membuatkan peserta menggunakan masa sebaik mungkin bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk dinilai oleh para juri.

Antara kriteria yang perlu dipatuhi oleh peserta dalam Pastry World Cup 2025:

  • 3 pencuci mulut beku.
  • 10 pinggan pencuci mulut ala restoran.
  • 26 keping coklat.
  • 3 arca seni yang diperbuat daripada coklat, gula dan ais.

3 ELEMEN PENTING INI BERJAYA BUAT JURI TERPUKAU DENGAN HIDANGAN PASUKAN MALAYSIA

pastry world cup 2025

Semasa Pastry World Cup 2025, pasukan Malaysia berjaya menghasilkan hidangan dengan beberapa elemen penting dalam pertandingan ini.

1. Pencuci Mulut Beku

pastry world cup 2025

Pasukan Malaysia menghasilkan pencuci mulut dengan gabungan tiga elemen rasa yang menarik, iaitu kemanisan aprikot, kemasaman sitrus dan rempah ringan.

Bukan saja menyegarkan, malah kombinasi unik ini membuatkan hidangan pasukan Malaysia yang memiliki keistimewaan tersendiri.

Hidangan pasukan Malaysia berjaya memaparkan emosi gembira dan nostalgia serta menjadikannya pilihan sempurna untuk aneka jenis majlis.

2. Pencuci Mulut Restoran

Pada masa yang sama, pasukan Malaysia telah menonjolkan hidangan pencuci mulut ala restoran dengan rasa sitrus yang segar serta masam dan manis yang begitu seimbang.

Rasa segar pada sitrus itu berjaya menjadikan hidangan pasukan Malaysia sebagai pencuci mulut ala restoran yang menyegarkan pada setiap suapan.

3. Persembahan Coklat

Pasukan Malaysia berjaya mencipta hasil arca coklat yang diinspirasikan daripada manisan tradisional Malaysia dan ia membuatkan rakyat Malaysia begitu bangga melihatnya.

Rasa coklat yang kaya, ditambah pula dengan letusan rasa sitrus telah mencipta harmoni antara elemen warisan dan inovasi moden yang selaras dengan tema pertandingan ini.

Pasukan Malaysia dianggotai tiga anak muda berbakat besar yang terdiri daripada Fong Kah Mun (pakar coklat), Foo Yi Qing (pakar gula) dan Tyler Tan (pakar ais).

Kejayaan pasukan Malaysia di Pastry World Cup 2025 membuktikan bakat tempatan mampu berdiri setanding dengan pasukan Jepun dan Perancis yang masing-masing meraih tempat pertama dan kedua.

Malaysia Boleh!

Sumber: Coupe du Monde de la Pâtisserie, Facebook Coupe du Monde de la Pâtisserie, Instagram foofooyiqing

Baca juga: Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN