ada kelainan skit dalam lepat ni sebab letak sagu…:)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Lepat labu bersagu
ada kelainan skit dalam lepat ni sebab letak sagu…:)
BAHAN-BAHAN
- 600gm labu yg telah dibuang kulit
- 3/4 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan tepung beras
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan sagu
- 1/2 cawan gula
- kelapa parut putih dan sedikit garam digaul bersama utk intinya
- daun pisang secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- mula2 rebus labu hingga empuk dan toskan…kemudian lecekkan labu tadi didalam mangkok. selepas itu..masukkan tepung gandum dan tepung beras….gula..sagu….dan santan…kacau2 rata….
- sediakan daun pisang…letak adunan tepung labu tadi..dan letakkan inti kelapa didalamnya…balut kemas..macam balut kuih lepat. buat sampai habis dan susun didalam loyang pengukus
- panaskan kukusan….bila air dah didih..masukkan loyang yg berisi lepat tadi dan kukus selama 25 minit….bila dah masak tunggu sejuk skit dan bolehla dimakan….boleh buat utk sarapan pagi atau minum petang….:)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.