Resepi sambal hijau petai ini khas untuk peminat petai. Ada yang suka buat stok sebab mudah bila nak makan.

Ada satu lauk ini pun sudah cukup menyelerakan jika makan dengan nasi putih, tak pandang lauk lain dah.

Jika ada yang mahu buat sambal ikan keli atau sambal ayam, curahkan sahaja sambal hijau ini ke atas lauk yang sudah siap digoreng.

Jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Encik Yayar B. Awang Noh di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Buat Sambal Belacan Sedap & Tak Pahit, Ikut Cara Mudah Ini

RESEPI SAMBAL HIJAU PETAI

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili api
  • Cili besar
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang besar (dipotong untuk dijadikan bawang goreng)
  • Semangkuk petai

Cara-cara:

1. Kisar cili api dengan sedikit air. Campurkan cili api dengan cili besar jika tidak mahu terlalu pedas.

2. Kemudian, keringkan cili kisar tadi di atas dapur tanpa letak minyak.

3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang besar.

4. Masukkan petai ke dalam kuali cili dan perasakan dengan ajinomoto serta garam.

5. Bila bawang dah perang dan air cili sudah kering, satukan kedua-dua bahan ini.

6. Kacau sebati dan siap. Selamat mencuba!

sambal hijau petai

Kredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit Kesukaan Ayah, Lauk Biasa Tapi Istimewa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending