Makanan bayi 12 bulan ke atas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Baby Fairyland

Makanan bayi 12 bulan ke atas.

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar beras
  • 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
  • 1 pokok sawi dipotong kecil
  • 1/2 batang lobak merah dipotong kecil
  • Sedikit kiub ayam tanpa MSG
  • Sedikit garam
  • Sedikit bawang goreng yang digoreng dengan sedikit minyak zaitun
  • Sedikit santan
  • Sedikit isi ayam yang dicincang
  • Sedikit daging yang dicincang
  • 500 ml air
  • Sedikit daun sup dan daun bawang
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
  • Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging.
  • Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah, masukan air jika terlalu pekat.
  • Masukkan santan dan kacau. Biarkan seketika. Masukkan sawi, daun sup dan daun bawang. Biarkan seketika sehingga daun tadi layu.
  • Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api. Biarkan sejuk sebelum dikisar. Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama. Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN