Kerepek kentang sangat sedap dijadikan kudapan ketika sedang menonton tv. Sedar-sedar dah habis sebalang! Nak lagi puas makan, apa kata jom buat sendiri kerepek kentang homemade.

Kalau sebelum ni asyik beli je, kalini jom cuba buat sendiri pula. Tak susah mana pun. Hasilnya juga sangat rangup, nipis dan tidak hangit.

Boleh cuba buat sendiri kerepek kentang di rumah menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Mar Dhiah di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Kerepek Kentang Homemade

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang
  • 2 sudu cuka
  • 500ml air
  • Serbuk perasa (seasoning)
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nk guna penyagat (slicer) pun boleh.

2. Panaskan air bersama cuka. Dah mendidih baru masukkan hirisan kentang tadi dan biarkan dalam 3 minit.

3. Angkat dan bilas kentang tersebut. Kemudian toskan sebelum menggoreng.

4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing.

kerepek kentang homemade

5. Dah nampak garing boleh lah angkat kemudian tabur serbuk perasa kesukaan anda. Macam saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef, beli kat kedai eco.

kerepek kentang homemade

6. Nipis dan rangup.

kerepek kentang homemade

Kredit: Mar Dhiah

Baca juga: Brownies Kedut Gerenti Jadi, Ada 5 Bahan Ni Dah Boleh Buat!