Ringkas, enak dan flavourful!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Kicap dan Sos Tiram

Ringkas, enak dan flavourful!

BAHAN-BAHAN

  • 800 gram ayam dipotong 16. Bersihkan dan gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam
  • 5 ulas bawang putih – dicincang/ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah – dicincang/ditumbuk
  • 2 inci atau sebesar ibu jari halia – dihiris nipis dan panjang
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji tomato dibelah 6/wedges
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 8 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang telah diperapkan dengan garam dan kunyit sehingga ayam masak dan berwarna keemasan. Angkat dan asingkan.
  • Dalam kuali yang sama, gunakan secukupnya lebihan minyak gorengan ayam tadi untuk menumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi.
  • Setelah tumisan bawang, halia dan cili padi tadi naik bau dan berwarna keperangan, masukkan kicap lemak manis, oyster sauce dan air sedikit. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Biarkan mendidih.
  • Setelah kuah mendidih, masukkan stok ayam, ayam goreng, cili merah dan tomato.
  • Rasa dulu kemasinan sebelum tambahkan garam. Biasanya oyster sauce dan stok ayam dah sedia masin.
  • Gaulkan ayam dalam kuah kicap sebentar dan tutup api. Hidangkan bersama nasi putih panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN