tauhu goreng

Tauhu goreng rangup ini sama seperti tempe goreng, sangat menyelerakan apabila dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama sambal kicap yang lazat!

Ia juga sangat sesuai dihidangkan sebagai lauk sampingan untuk makan tengah hari atau makan malam. Sesuai juga dijadikan menu kudapan untuk minum petang.

Rupanya ada petua agar tepung melekat elok pada tauhu apabila sedang digoreng. Tauhu juga tidak hancur dan melekat pada kuali. Jadi, mari sama-sama lihat caranya di bawah.

Baca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam

RESEPI TAUHU GORENG CRISPY

Bahan-bahan:

  • 4 keping tauhu basah – potong 4
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • Secubit garam
  •  ½  sudu teh baking powder
  • 1 cawan air
  • 1 kiub pati ayam + 1/3 cawan air panas (air panas ini bertujuan untuk hancurkan kiub ayam)

Cara-cara:

1. Bancuh semua bahan kecuali tauhu. Adun sebati semua adunan.

2. Bila adunan sudah sebati, barulah masukkan tauhu yang telah dipotong.

tauhu goreng

3. Gaul-gaul tauhu dalam bancuhan kemudian tapis atau sejat tauhu tersebut. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu tadi.

4. Air bancuhan tepung tadi jangan dibuang.

5. Goreng tauhu agak-agak sudah garing. Tuang air tepung tadi dalam kuali sambil kacau-kacau tauhu. Ia bertujuan supaya tepung melekat elok pada tauhu.

tauhu goreng

6. Kemudian tuang lagi air tepung sambil kacau tauhu. (empunya resipi tuang air tepung dalam kuali sebanyak 2 kali)

7. Biarkan tauhu garing dan angkat. Sejatkan minyak pada tauhu dan sementara itu bolehlah buat sambal kicap.

tauhu goreng

Petua goreng tauhu supaya tak melekat & hancur:

  1. Rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam  bekas atau tiup, potong  atau belah dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.
  2. Potong tauhu ikut saiz yang disukai tapi jangan terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.
  3. Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.

Kredit resipi dan gambar: Mastura Razali

Baca juga: Resipi Tempe Goreng Berempah Rangup, Cicah Sambal Kicap Memang Wow!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN