Sudah lebih dari 10 kali buat. Sampai sudah hebat, tak perlu belek resipinya lagi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Almond Choc. Chip Butter Cake

Sudah lebih dari 10 kali buat. Sampai sudah hebat, tak perlu belek resipinya lagi.

BAHAN-BAHAN

  • 113 gm mentega
  • 113 gm gula kastor
  • 2 biji telur ayam
  • 113 gm tepung naik sendiri, ayak dahulu
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 100 gm coklat cip separa manis
  • 80 gm buah kranberi kering
  • 50 gm hirisan kacang badam
  • 1 sudu makan perahan air limau Sunkist (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 175C.
  • Dengan menggunakan pengadun elektrik, pukul mentega & gula hingga putih & gebu.
  • Masukkan telur satu persatu & pukul dengan esen vanila sekali gus.
  • Perlahankan pukulan pengadun pada kadar yang paling rendah dan masukkan tepung sikit demi sedikit hingga tepung tidak berbintil.
  • Dengan menggunakan spatula, taburkan kacang badam, coklat cip dan kranberi tadi di dalam adunan ini & gaul. Tips: untuk menjadikan kacang, coklat cip dan kranberi ini supaya tidak tenggelam di bawah adunan kek nanti bila masak, gaul kedua-dua bahan ini dengan sedikit tepung sebelum memasukkannya ke dalam adunan tadi.
  • Bakar selama 45 minit atau hingga lidi dicucuk dalam kek, tiada kesan lekatan pada lidi tersebut.
  • Tunggu hingga sejuk sebelum memotongnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN