Pasti ramai yang suka makan oden kan? Rupanya mudah sangat nak buat sendiri kuah oden guna perencah segera je.

Memang puas hati buat sendiri, boleh letak macam-macam bahan dalam kuah oden mengikut cita rasa masing-masing.

Baca juga: Jom Buat Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci & Halal

RESIPI KUAH ODEN GUNA PERENCAH SEGERA

Bahan-bahan:

  • 2 paket kecil perencah pes asam pedas (jenama adabi)
  • 4 sudu makan perencah tomyam (jenama adabi)
  • Sedikit serbuk perasa
  • Air secukupnya
  • Bahan-bahan Oden (fish tofu, seafood tofu, dan sebagainya.)

Cara-cara:

  1. Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.
  2. Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
  3. Tambah sedikit perasa jika perlu.
  4. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
  5. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Info:

  • Jika nak kuah oden yang cair dan tak terlalu pedas, guna 1 paket sahaja perencah asam pedas.
  • Elakkan letak garam kerana perencah sudah memberikan rasa.
  • Sebelum letak perasa, rasa dulu kuah dan tambah jika perlu sahaja.

Kredit: Ain Aziz

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending