PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-03 04:37:01

Kek Span adalah antara kek yang sangat mudah dan sedap untuk dibuat. Selalunya kek span dibuat berwarna-warni dan berbagai rasa tetapi lain pula untuk resepi kali ini. Resepi kali ini adalah resepi kek span tetapi versi span basuh pinggan. Kek Span basuh pinggan ni nampak pelik tetapi sebenarnya agak sedap dan unik. Jadi mari kita cuba resepi Kek Span Basuh Pinggan yang dikongsikan oleh Sajid Al Hafiz di kumpulan Cara Mudah Buat Kek di Facebook.

 

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur A 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalet
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayakkan) 
  • 1/2 cawan butter/marjerin suam yg dicairkan (cairkan butter kemudian sukat 1/2 cawan)

 

Kredit: Sajid Al Hafiz

 

Cara-cara:

  1. Pukul guna mixer semua bahan di atas kecuali butter cair. Pukul adunan sampai kembang dan jadi warna putih. 
  2. Lepas adunan dah kembang, masukkan butter cair & mix perlahan sekejap je sampai sebati. 
  3. Bahagikan adunan untuk warna hijau dan kuning. Pastikan adunan kuning lagi banyak dari adunan hijau. 
  4. Bakar suhu 150c 40 minit. Keluarkan adunan hijau selepas 30 minit. Cucuk dulu dengan lidi untuk tahu dah masak atau tidak. Teruskan bakar adunan kuning sampai masak. Suhu & masa bergantung pada oven masing-masing.
  5. Sejukkan kek atas redai. Potong kek ikut saiz dan ketebalan yang diinginkan. 
  6. Sapu sedikit madu atas kek kuning untuk lekatkan bersama kek hijau. 
  7. Dah lekat biar sekejap pastu boleh la potong cantik-cantik.

 

Kredit: Sajid Al Hafiz

 

Selamat Mencuba

Kredit: Sajid Al Hafiz