beras

Seringkali kita lihat di media sosial dimana ada segelintir manusia yang berperangai aneh dimana gemar untuk makan makanan pelik.

Sebelum ini, pernah tular di laman TikTok dimana seorang wanita santai makan fishball yang belum dimasak seperti makan keropok semasa sedang ‘lepak’ dengan ‘roommate’ nya.

Artikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Sebab Ada Kutu Beras Walaupun Tak Buka Lagi, Bukan Salah Periuk Nasi

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis kelihatan sedang seronok menjadikan beras sebagai kudapan telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @minnyyya, kelihatan seorang gadis lengkap berbaju kurung sedang duduk bersimpuh sambil disebelahnya terdapat sepeket beras.

Namun apa yang menarik perhatian adalah gadis seakan kusyuk makan sebutir demi sebutir beras seperti sedang ‘layan’ kudapan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan dengan cara gadis tersebut namun ada yang akui turut melakukan perkara yang sama.

Netizen juga menyamakan makan beras seperti makan kacang atau kuaci di depan televisyen. Memang layan!

“Weh, aku pun suka makan beras macam ni. Sedap gila” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen sempat berseloroh mengatakan tindakan berkenaan dapat menjimatkan bil elektrik kerana tak perlu masak nasi.


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN