Udang merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Tapi kadangkala tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata jom cuba buat udang masak sos ini.
Cara membuatnya juga sangat mudah dan tak renyah, 10 minit dah siap masak. Jom lihat cara-caranya di bawah.
Cara Buat Udang Masak Sos
Bahan-bahan:
- 500g udang
- 1 biji bawang merah**
- 2 ulas bawang putih**
- ¼ inci halia**
- 10 tangkai cili kering**
- 2 sdb sos tiram
- 1 sdb sos tomato
- 3 sdb sos cili
Cara-cara:
1. Kisar halus bahan bertanda (**).
2. Tumiskan bahan yang dikisar halus tadi. Tumis sampai pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan air lebih kurang 1/4 cawan.
4. Masukkan segala aneka sos tadi ya. Biarkan kuah sedikit memekat.
5. Masukkan udang.
6. Kalau suka boleh masukkan bawang hiris. Tak suka kalu abaikan.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gaulkan semua sampai udang Masak. Matikan api.
8. Siap untuk dihidang, selamat mencuba!
Kredit: Umie Watie