kuali baru

Kuali merupakan salah satu perkakasan dapur yang wajib ada setiap rumah. Ramai yang masih menggunakan kuali yang sama selama berbelas-belas tahun kerana masih elok tanpa perlu membeli kuali baru. Tapi kalau tak tahu jaga, kuali memang akan senang berkarat dan masakan mudah melekat.

Rupa-rupanya jika beli kuali baru kena ‘bakar’ dulu atau dikenali ‘season the wok’. Proses ini penting bagi memastikan kuali tahan lebih lama, tak berkarat dan masakan juga tak melekat.

Macam mana cara bakar kuali baru tu sebenarnya? Jom baca perkongsian oleh saudara Wan Luqman di bawah.

Cara Bakar Kuali Baru Supaya Tahan Lama

Baru² ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.

Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.

Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. 

Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda.

Cara-caranya:

Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu, tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″. Saiz 13″ susah sikit nak dapat.

kuali baru

Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang, kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.

Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan² tu. Biarkan je, jangan sedih pulak kuali calar.

Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar!

Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.

kuali baru

Bakar seluruh permukaan kuali ye. 

kuali baru

Dah siap. Biarkan dalam 10 minit.

kuali baru

Lepas 10 minit, kite test season. Letak minyak sikit.

Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak.

Test Run, goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Goreng je sampai garing ke hangus ke.

Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.

Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Bagi dia cool down dulu. 

Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.

Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali. 

Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.

Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.

Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.

Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu x season pun, malas. Bila x season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih², bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu. Jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.

Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan.

Kredit: Wan Luqman

Baca juga: Cara Masak Nasi Untuk Sorang Makan, Baru Tak Membazir & Nasi Tak Berkerak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN