udang kalio

Resipi Udang Kalio Cara Senang, Bahan-bahan Pun Mudah Nak Dapat.

Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi kalio udang yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

Teksturnya memang ala-ala percik sedikit dan sangat sesuai untuk mereka yang sukakan makanan yang berlemak sedap ini.

Baca juga: Udang Creamy Tuscan, Resipi Viral Lebih 13K Shares, Sesuai Untuk Menu Keto Diet

Kita ikuti resipi ini dari perkongsian Cik Puan Roslinda Rosli di laman Facebook ini. Memang ringkas dan mudah untuk ikuti cara-caranya.


RESIPI UDANG KALIO

resipi udang kalio

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • Seinci halia*
  • Seinci kunyit hidup* 
  • Sebatang serai*
  • 2 senduk cili kering yang telah direbus & blend 
  • 1/2 kotak kecil santan
  • Sedikit pes asam jawa
  • Sedikit air

Cara-cara memasaknya:

1. Blend halus semua bahan*.

2. Tumis sehingga naik bau bahan yg telah diblend & masukkan cili kering.

3. Masak sehingga pecah minyak.

4. Masukkan santan & air ikut tahap kepekatan yg diinginkan.

5. Perasakan dgn sedikit pes asam jawa,garam,gula.

6. Masukkan udang & masak seketika.

7. Boleh masukkan hirisan daun kunyit /hirisan daun limau purut jika suka untuk membangkitkan lagi aroma. Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba!

Baca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN