resepi cupcake coklat

Peminat coklat wajib cuba resepi cupcake coklat yang mudah ini. Tak perlu guna penimbang, hanya pakai cawan untuk sukat bahan.

Biasanya kita buat kek guna loyang besi dan bersaiz besar kan? Kali ini kita ganti guna paper cup pula, kecil comel je!

Bukan saja mudah untuk dimakan, ia juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu atau dijadikan doorgift.

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi!

RESEPI CUPCAKE COKLAT

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula

Bahan-bahan B:

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan C:

  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur gred A
  • Coklat chip

Cara-cara:

1. Satukan bahan-bahan A di dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana.

2. Kacau sehingga tidak berketul. Tutup api dan biarkan sedikit sejuk.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji selang setiap seminit ke dalam bahan A tadi. Pukul sebati.

4. Masukkan pula bahan-bahan B yang sudah diayak. Gaul sebati.

5. Kemudian masukkan esen vanilla dan gaul lagi sehingga sebati.

6. Sendukkan adunan ke dalam papercup, taburkan coklat cip.

7. Sedia untuk dikukus sehingga masak. Selamat mencuba!

resepi cupcake coklat

Kredit resipi dan gambar: Aneng Hitchies

Baca juga: Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN